Wednesday, November 10, 2010

Maklumat Samar





Arakian maka tersebutlah satu kisah disatu majlis pengkisahan seorang alumni yang berjaya dalam hidupnya. Alumni ini kini berpendapatan lebih daripada RM40K sebulan hasil daripada berkat usahanya selama berbelas-belas tahun itu.


Kejayaan yang dicapai tidak sebegitu mudah sebagaimana yang kita sangkakan. Dengan bermodalkan RM50 sahaja dahulu akhirnya alumni ini berjaya mencapai kejayaan ini tanpa meminjam bantuan kewangan daripada pihak bank. Pelajarannya hanyalah setakat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Sekolah Menengah Vokasional sahaja.


Dengan kemahiran yang diterima daripada gurunya, beliau menggunakan kemahirannya itu membuka bengkel welding. Hasil penat lelah selama berbelas-belas tahun akhirnya beliau sekarang menjadi seorang ushawan yang sangat berjaya.


Kejayaan pelajar ini seharusnya menjadi ikutan oleh bekas pelajar-pelajar SKM terutamanya. Jangan menganggap dengan hanya mempunyai sijil SKM maka mereka tidak akan berjaya di dalam hidup.



Apa yang lebih penting usaha, usaha, dan terus berusaha tanpa jemu-jemu maka natijahnya nanti kita tetap akan berjaya di dalam hidup nanti. Dan yang lebih penting lagi semasa belajar di sekolah janganlah pelajar ponteng kelas amali yang amat penting untuk digunakan di kemudian hari. Kita jangan sekali-kali menderhaka kepada guru yang menyebabkan kita akan kehilangan barakah/berkat di dalam alam kehidupan sebenar di kemudian hari nanti.


Apabila seseorang pelajar telah berjaya di dalam kehidupan mereka, gurulah orang yang akan berasa gembira di atas kejayaan itu. Kami bukannya meminta komisyen/upah hasil daripada kejayaan anda itu tetapi cukup sekadar anda mengingati kami sahaja walaupun di angin lalu.

Ada bekas pelajar yang berbangga dengan mengatakan "Itulah bekas guru aku dahulu yang telah mencapai kejayaan di dalam kariernya sekarang". Tetapi sadarlah bahawa sebenarnya guru akan lebih berbangga jika dapat berkata "Itulah bekas pelajar aku dahulu yang telah begitu berjaya di dalam kariernya sekarang".

No comments:

Post a Comment