Monday, November 1, 2010

Kenangan hari raya puasa 2010


















Hari raya puasa adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Hari ini digunakan sepenuhnya oleh umat islam untuk bermaaf-maafan terutamanya kerana di lain hari kemungkinan mereka segan untuk memohon kemaafan di atas salah laku yang telah mereka lakukan.

Maka hari rayalah digunakan sepenuhnnya peluang itu untuk memohon kemaafan daripada mereka yang sepatutnya. Anak-anak memohon kemaafan daripada ibu-bapa, suami memberi kemaafan terhadap isteri, saudara seagama memohon kemaafan sesama mereka, sahabat dan taulan turut sama bermaaf-maafan tanpa segan dan silu.

Pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta turut mengambil peluang ini untuk mengadakan majlis jamuan hari raya dengan menjemput sama ahli keluarga masing-masing. Ketua dan orang bawahan mereka sama-sama meraikan majlis ini tanpa ada sekatan darjat sesama mereka.

Sekolah pun tidak terkecuali mengadakan majlis jamuan hari raya dengan menjemput semua staff dan ahli keluarga mereka untuk meraikan hari yang bahagia ini.

No comments:

Post a Comment