Monday, November 1, 2010

Majlis Hari Raya Puasa SMTKK 2010










Seperti biasa SMTKK mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Puasa 1431Hijrah. Majlis ini telah diadakan dengan meriahnya di dewan sekolah. Ianya telah dihadiri oleh semua staff sekolah, staff swasta, guru-guru, ajk PIBG dan wakil penduduk tempatan turut dijemput sama ke majlis ini.

Makanan yang dihidangkan adalah disediakan oleh pihak sekolah dan juga sumbangan oleh para guru dan keluarga mereka.

Tuan Pengetua turut sama memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke majlis ini.

Kanak-kanaklah yang paling bergembira pada hari ini kerana di samping dapat menjamu selera mereka dapat juga duit raya sumbangan Tuan Pengetua kita.

Secara kebetulan raya tahun ini adalah musim buah maka ramailah para guru membawa buah-buahan seperti rambutan dan dokong untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Semoga majlis seperti ini akada dapat lagi diadakan pada tahun-tahun yang akan datang.

No comments:

Post a Comment