Saturday, July 10, 2010

Subkhiddin terus hilang

SUKAN

Nama Subkhiddin terus hilang

BIARPUN tanpa sebarang kontroversi seperti pengadil dari Uruguay, Jorge Larri- onda, nama pengadil Malaysia, Subkhiddin Mohd. Salleh terus hilang daripada senarai individu yang akan mengadili perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010.

Selepas hanya sekadar menjadi pengadil keempat dalam beberapa perlawanan peringkat kumpulan, harapan untuk menyaksikan nama dan kelibat Subkhidin untuk mengadili perlawanan lebih penting nampaknya masih tidak kesampaian.

Sebaliknya, kebanyakan pengadil Asia yang masih kekal adalah dari Jepun, Korea Selatan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan.

Dalam pada itu, Larrionda telah disingkirkan daripada tugas untuk mengadili baki kempen Piala Dunia 2010.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan untuk menghantar pulang Larrionda selepas beliau melakukan kesilapan ketika mengadili perlawanan pusingan kedua antara England dan Jerman Ahad lalu.

Keputusan untuk menghantar Larrionda pulang juga dibuat selepas pengarah sukan sebuah kelab ternama Uruguay memberi- tahu FIFA bahawa pengadil itu telah melakukan beberapa kesilapan yang sama sebelum terpilih ke Afrika Selatan.

"Kesilapan yang dibuatnya itu tidak mengejutkan saya. Sejak tujuh tahun lalu, Larrionda banyak mengecewakan kami," kata pengarah kelab Atletico Penarol, Osvaldo Gimenez. - Agensi

No comments:

Post a Comment