Saturday, July 10, 2010

Subkhiddin kecewa

EKSKLUSIF:Subkhiddin kecewa hampakan rakyat Malaysia
Oleh Zef Othman
zefbh@bharian.com.my
2010/07/02

Subkhiddin Mohd Salleh
Subkhiddin Mohd Salleh
SEPANG: Wakil tunggal Malaysia ke Piala Dunia FIFA 2010 iaitu pengadil nombor satu negara, Subkhiddin Mohd Salleh, kecewa kerana tidak berpeluang mengendalikan sebarang perlawanan sejak kejohanan di Afrika Selatan itu bermula pada 11 Jun lalu.

Beliau berkata, kekecewaan itu ditumpukan kepada kegagalannya memenuhi impian rakyat Malaysia yang mahu melihat pengadil negara itu beraksi di tengah padang.

Katanya, sepanjang kejohanan di peringkat kumpulan dan kalah mati, beliau dilantik beberapa kali sebagai pengadil keempat yang berperanan memberi bantuan dan pendapat kepada pengadil utama bagi menjamin kelancarannya.

"Walaupun tidak dapat beraksi di tengah padang seperti yang diharapkan, saya berbangga kepada seluruh rakyat Malaysia dengan sokongan yang diberikan. Ia adalah kekuatan yang membantu saya untuk terus kekal di sana dan memberikan tugasan yang terbaik apabila diperlukan.

"Selain itu, sokongan keluarga dan rakan rapat di Malaysia yang sering menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menjadi penawar bagi mententeram tekanan yang saya hadapi ketika berada di Afrika Selatan," katanya ketika ditemui Berita Harian Online di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

Subkhiddin yang tiba di KLIA pada jam 5.40 pagi tadi dari Johannesburg, Afrika Selatan, sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang pada jam 7.30 pagi, sempat meluangkan masa bersama wartawan Berita Harian Online bagi menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Afrika Selatan.

Beliau berkata, perbualan hampir empat kali setiap hari bersama isteri dan keluarga adalah penawar kepada dirinya.
"Saya selalu meluahkan kepada keluarga khususnya isteri apabila tidak dapat mengendalikan perlawanan dan sering membuat panggilan kepada Isteri selepas terbabit dalam satu perlawanan sebagai pegawai keempat.

"Sememangnya, apabila terpilih ke piala dunia, harapan adalah untuk mengendalikan sekurang-kurangnya sehingga peringkat kalah mati," katanya.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ezzan
Apapon Tahniah kerana telah mencipta nama di peringkat dunia. Jangan berputus asa kerana peranan pengadil keempat sama ptg dgn pegadil-pengadil lain. Cikgu menjadi inspirasi kami menjulang nama negara.

peja
Cikgulah sumber inspirasi baru kami skrg. Dulu sy cita2 nak jadi pemain bola, tapi skrg nie umur dah baya2 wayne rooney pun x dpt nk main lg utk Man Utd, jadi skrg nie sy bercita-cita nak jd referee plk,asalkan boleh bwk nama Malaysia di Piala Dunia. Kami bangga setiap kali melihat cikgu di kaca TV. Tahniah, kami syg cikgu.

culien cohowk
xapa yg pnting peroleh pengelaman yg brguna utk d kongsi brsama rkyat malaysia

DARURAT84
X PA CIKGU...YG PENTING 1 DUNIA TGOK N MASYUK tV..HEHEHE...

JEFF
TAHNIAH...cikgu.......kami bangga pengadil malaysia boleh berada di Piala Dunia kali ini....jangan kecewa..teruskan jadi pengadil terbaik ya......tabik hormat untukmu....

Mohamad Raayim Hj Jemakir
apa pun namamu telah keperingkat DUNIA....! Tahniah... Kami Tetap bangga...

khairul azhar
syabas buat cikgu..bukan senang mahu jadi pengadil dunia,tahniah.

JC
Tahniah Cikgu Din.

Joe
Terpilih dalam skuad pengadil piala dunia kali sudah cukup bagus berbanding dengan mereka yang belum dapat peluang.Pemilihan dalam skuad pengadil tidak semestinya untuk mengadili perlawanan semata-mata.Pengadil keempat sudak cukup bagus dan cemerlangnya cikgu di mata rakyat Malaysia. Tahniah da syabas kerana tuan dapat menjulang nama warga pendidik Malaysia.

zahimabas
Tahniah cikgu..mungkin edisi piala dunia kali ini bukan rezeki cikgu jadi pengadil utama tapi saya yakin edisi 4 tahun akan datang akan jadi milik cikgu.insyallah..malaysia boleh..

Harun Ahmad
Tahniah dan rasa kecewa kerana tak diberi peluang jadi pengadil atau sekurang-kurangnya jadi penjaga garisan pun dah memadai. FIFA seharusnya memberi peluang kepada setiap pengadil menjadi pengadil atau penjaga garisan, janganlah terlalu ramai memilih pengadil. Tak guna terlalu ramai pengadil dilain kali. Amat mmengecewakan saya sebagai rakyat Malaysia tak nampak pengadil dari Malaysia menjadi pengadil atau pun sekurang-kurangnya jadi penjaga garisan, bukan pengadil ke 4.

Awang Tassim
Pengadil No.4 pun pengadil juga .....Peringkat dunia pula tu...satu kebanggaan bagi seluroh rakyat Malaysia. Syabas dan Tahniah Cik Gu

rosli
apapun kami tetap bangga dgn saudara, kerana dgn adanya saudara disana, sudah cukup membuktikan bhw negara kita Malaysia yg dicintai ini tetap wujud di pentas piala dunia.Tahniah.Dan jadilah seorang pengadil yg terbaik di pentas bolasepak negara dan rantau kita pula. teruskan perjuangan saudara.

FAIZAL BIN BUANG
TAHNIAH CIKGU,NEXT PIALA DUNIA NANTI SAYA DOAKAN DAPAT MENJADI PENGADIL TENGAH.YANG PENTING WORLD DAN 1MALAYSIA TUMPANG GEMBIRA

dunga dunge
fifa tak adil referee punye teruk tpi x snrai gak sukbidin..adoi fifa fifa budak bola yang tak puashati tu kat fifa, bukan kat wakil tunggal kita ni kat SA tu. tahniah buat cikgu wpun sekadar pegawai perlawanan keempat.

norazeantarmizi
Tahniah... sekurang-kurangnya menjadi wakil kepada MALAYSIA

emelia m nazri
Tahniah sebab dapat terpilih menjadi pengadil bolasepak piala dunia 2010. w/pun tak beraksi tapi di padang sebagai pengadil, ttp dah dapat peluang kira bagus. tak semua dapat terpilih jadi pengadil. anyway, saya nampak encik kat padang masa brazil beraksi....

shahrul rahami
berpeluang menjadi pengadil keempat pun sudah cukup membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga!tahniah!!

iqbal46
duduk tepi pun ok juga..bole tengok orang putih main bola buat skill...tahniah,bukan senang nk ke sana...

Azman Asri
Tahniah Cikgu. Saya amat bangga dengan pencapaian Cikgu. herumi apa pun tahniah tuk beliau...

ahmad farhan
awalnye balik .. tapi taniah .. harap2 masih ada lagi pelapis dari malaysia ke FIFA sebagai pengadil.

mohdzain
Tahniah cikgu. At least ada jugak pengadil malaysia di world cup. Kalau nak harap team bolasepak malaysia 1000 tahun pun belum tentu dapat masuk world cup............

ed
tahniah dan alhamdulillah krn awak selamat tiba di tanah air. apa pun rakyat msia berbangga dgn anda

zulkarnain
kehadiran anda sebagai wakil malaysia di piala dunia tetap membanggakan malaysia

abikhsan
Buat apa nak malu.... itu pun satu kejayaan.... nak harapkan team bola kita entah bila.... again...
syabas...

mesra232
Dah takde rezeki nak buat macam mana. Tapi takkan sampai 4-5 kali sms/fon isteri sehari. Macam baru nikah lak. Sedangkan ke sana adalah menggalas nama baik negara. Mmg penting sokongan keluarga dan isteri tetapi kalau dah keje sms dan fon je... yang mana lebih penting. Apa2 pun tahniah la tak semua org tak dapt peluang macam tu. Tak heranlah ada pengurus pasukan yang membenarkan pemain2nya membawa isteri ke Afrika dan ada juga teman wanita pemain bola turut berada di tepi padang. Penyokong setia atau sokongan yang membawa rebah...

abe yie
tak pe cikgu.. nanti jadi pengadil final piala malaysia 2010 Kelantan Vs ....

Saifuddin
Tahniah!!! Walaupun gagal menjadi pengadil utama, tetapi cikgu din telah mengharumkan nama negara di mata dunia...ayo teruskan usaha InsyaAllah pasti berjaya..amin

Saya Anak Jati Malaysia
Tak mengapa.. Pengalaman itu penting.. Peluang masih ada di Piala Dunia yg akan datang.

fauzi
apa pun yg berlaku saya selaku anak malaysia cukup berbangga dgn tuan sy percaya sama semua rakyat malaysia turut merasainya...
More Power!!!!!!!!!!

roslin
yang penting saudara sukhidin telah berkhidmat untuk malaysia....

Rahman Hj Mohti
Apa apa pun...syabas & tahniah...yang penting pengalaman & idea2 dapat dipetik...

tcer_atie
tak pa cikgu...mula2 pengadil ke-4...lama2 nanti naik p pengadil pertama...insyaallah...Amin. mudah-mudah impian cikgu tercapai

asbah(K.E.B)
Tahniah..Malysia mempunyai pengadil yg bagus macam anda..kalu xkan trplih dlm piala dunia thn 2010 ni..syabas utk anda...

zafieya
tahniah cikgu din,alhamdulillah da selamat sampai..

uun
ok la tu, jgn kecewa, tahniah dan syabas. itulah sikap barat sebenarnya.

chegu
takpe cikgu din! walaupun hanya menjadi pengadil ke 4, saye tetap rasa bangga bila ternampak kelibat cikgu din! tahniah!

norlailah
Tak apa, yg penting pengalaman yg dpt ditimba tu bawa ke Malaysia dan sekurang kurangnya ada jugak wakil, walaupun bukan pemain tapi pengadil ok......

Hamizan bin Wasoh @ Mohamad Isa
Tahniah cikgu. Game pembukaan afrika dgn mexico hari tu depa pilih cikgu..bukan senang tu. Bangga rakyat Malaysia.

Mohd Anuar Hasan
Yang Penting sekarang ni kena sabar dan bersyukur kerana awak selamat pergi dan kembali. Satu Malaysia menghargai khidmat awak yg bawa bendera negara ke sana. Bg yg tak puas hati tu kita abaikan jer.... Tahniah.

bvc100
Tahniah Cikgu Din. Dapat masuk sebagai pengadil ke 4 jauh lagi elok daripada xdapat masuk langsung. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, Cikgu akan dapat jadi pengadil pertama di masa akan datang. Amiin

tahniah kepada subkhidin..sekurang2nya ada juga anak malaysia dikalangan pengadil world cup...MALAYSIA BOLEH

asmad
tahniah......skurang2nya kite ade wakil ke piala dunia...nk tnggu pasukan bola ntah bila agaknya

Muhd Asri
Tahniah...

aziz
tahniah cikgu..agaknye penjaga garisan dari negara jiran kita tu yg buat2 tak cergas menyebabkan cikgu din xdpt blow wisel..busuk ati la tu agaknye..yg penting saya rasa bangga dpt tgk muka cikgu dlm tv..

salleh
Okla tu. pengadil ke empat pon dh dikira satu penghormatan dah tu. rakyat mesia berbangga dah. kami rakyat mesia pon paham, susah utk pengadil kita jadi pengadil utama sebab byk pengadil yg ada pengalaman luas dlm mengadili perlawanan liga juara-juara eropah dan lain lain. so ok la tu.

hmazmi
Syabas dan tahniah ...walaupun tidak menjadi pengadil utama, kami rakyat malaysia merasa bangga kerana masih dapat menatap wajah tuan di kaca tv sebagai pengadil keempat dan apabila commentator menyebut nama tuan dan nama negara. Tahniah!!!!

shreq
kamu yg terbaik

Muhammad Firdaus
Walaupun hanya diberikan tugas sebagai pengadil keempat perlawanan sepanjang Piala Dunia Afrika Selatan 2010 pada Subkhiddin Mohd Salleh,saya dan seluruh rakyat Malaysia tetap berbangga dengan Subkhiddin... Bila wajah beliau terpapar di kaca television walaupun sekejap saja pada sesebuah perlawanan bola sepak piala dunia 2010, terbit rasa bangga dalam diri saya dan saya percaya seluruh rakyat Malaysia pun sama...
Teruskan perjuangan dan jangan kecewa... Semoga Subkhiddin Mohd Salleh terus sukses sebagai antara pengadil terbaik di Malaysia!!!~
yang penting dapat pengalaman

misai78
apa pun tahniah.usaha lagi di masa akan datang

LeEpan
Aku Geram betullah napa pengadil negara kita langsung tak diberi peluang untuk mengadil..panas betul lah! pilih kasih betul

MOHAMAD HAMZAH BIN HASHIM
Tahniah untuk cikgu din..Semoga lebih ramai pengadil dari Malaysia terpilih dlm perlawanan Piala Dunia edisi akan datang.

sabrina sarsan
walaupun kami tetap bangga dgn subkhiddin krn terpilih mjadi pengadil ke-4 piala dunia2010

Tahniah kerana menjadi wakil Malaysia untuk World Cup 2010.
aladdin lugiman
walaupun sekadar pengadil ke 4,ia penghormatan tertinggi kepada sdra subkhiddin.bukan mudah hendak menjadi pengadil world cup walaupun sekadar pengadil ke 4.saya bangga yang sdra berjaya menaikkan nama malaysia dipersada antarabangsa

chong wei rock
mungkin FIFA memandang pengadil malaysia ini low standard dengan pengadil2 negara lain...
avorol tahniah ada jugak wakil malaysia terpilih jadi pengadil/pegawai...good luck next year...malaysia boleh...

Syabas walaupun tidak mendapat seperti yang diharapkan tetapi jadikan pengalaman ini seuatu yang berharga.

samuel
Yg penting kita bertindak mengikut arahan. Bukan kita yg tidak mampu atau tadak mahu tapi mereka tidak bagi peluang untuk kendalikan yg lebih dari itu. Syukurlah kita dah buktikan yg terbaik setakat yg dipertanggungjawabkan.

bahar bin ali
takpelah subki sekurangnya ada juga nak harapkan pasukan kebangsaan beraksi sampai kiamat pun belum tentu lagi agaknya

zul
Tahniah... walaupun hanya pengadil ke-4 tetapi bukan calang2 org yang dapat menjadi officer untuk piala dunia...
yg penting masuk tv jugak

brader astro
walau pun tidak menjadi ref tengah, saya tetap berbangga dengan bro subkiden kerana kerap juga masuk tv dunia. cuma apa yang saya tak puas hati adalah pihak RTM yang berdegar2 kononnya menaja kesemua perlawanan piala dunia tapi hakikatnya berbeza. sampaikan pusingan kalah mati suku akhir pun still nak buat game delay ke????mana pegi sume kata2 yg konon rtm menaja piala dunia ni di malaysia??baik serah je hak penyiaran pd media prima konfom sume game dpt tgk live..rtm xoyh la sebok lg nk tayg bola..tayg badminton suda.bola bia la media prima yg ambil hak penyiaran.kesian org2 kmpg yg xde astro.aku memberontak pn sbb skli tdo hotel xamik sport,nk tgk world cup pn game delay 4.30pg..bek xpyh tayang lgsg la rtm!

din66
Tahniah walau apa tugas pun !!

No comments:

Post a Comment