Wednesday, June 16, 2010

POLITIK DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Tidak perlu berpolitik untuk naik pangkat

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen semalam mahu penjawat awam agar tidak mengamalkan politiking bagi mendapatkan sesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) berkata, budaya itu akan menjejaskan pentadbiran dan kecekapan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

“Nak naik pangkat pun berpolitik, melobi. Ini satu budaya yang sangat tidak baik dan jejaskan kecekapan perkhidmatan yang perlu dibawa oleh kakitangan kerajaan,” katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

zunis : Hairan juga kerana baru sekarang ahli parlimen kita baru tersedar bahawa ramai penjawat awam yang mengamalkan politiking bagi mendapatkan sesuatu jawatan atau keaikan pangkat kerana hal ini telah sejak sekian lama diamalkan.

Tajuddin berkata, selain berpolitik, penjawat awam juga diingatkan agar meningkatkan tahap penyampaian kepada rakyat dan tidak gila kuasa serta membuat keputusan sesuka hati.

“Mereka ini boleh buat keputusan yang lebih hebat dan dahsyat dari menteri, ini yang disebut Little Napolean dalam jabatan kerajaan, ini harus dihapuskan kalau nak lihat perkhidmatan kerajaan yang cekap.

zunis : Oh... pernah lihat penjawat awam yang gila kuasa yang suka membuat keputusan sesuka hati dan merasakan dirinya lebih dari menteri dan bersifat sebagai Little Napolean dalam jabatan kerajaan.

“Imbuhan atau penghargaan kepada kakitangan kerajaan mesti berdasarkan prestasi bukan berdasarkan berapa lama dia bekerja, must based on meritocracy not based on seniority,” katanya.

zunis : selalunya seniority dan kroni yang mudah mudah diberi penghargaan oleh jabatan dan bukannya di atas prestasi ataupun meritocracy.

Tajuddin berkata, kerajaan juga perlu mengambil perhatian terhadap kebajikan dan kemudahan yang disediakan kepada penjawat awam bagi mengelakkan moral dan semangat mereka untuk berkhidmat kepada rakyat terjejas.

zunis : tahniah Datuk Tajudin kerana telah menyedari akan perihal ini dan semoga YB akan dapat memperbetulkannya kembali kepada yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment