Tuesday, November 9, 2010

BPTV

Ucapan Pengarah BPTV (Jun 2010)

E-mail Cetak PDF

pengarah001Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagaimana sedia maklum bahawa Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyidin b. Mohd Yasin Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah menjawab beberapa persoalan berkaitan pendidikan Vokasional dan Teknik (VOCTECH) semasa Sidang Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa 8 Jun 2010 yang lalu.

Penekanan dalam jawapan beliau pada sesi tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat mengambil berat perihal berkaitan pendidikan vokasional dan teknik (VOCTECH) masa kini dengan memberi penekanan khusus dalam usaha untuk memperkukuhkan aliran teknik dan vokasional bagi mengoptimumkan potensi setiap murid mengikut tahap pencapaian mereka termasuklah murid-murid yang kurang cenderung bidang akademik serta murid yang berkeperluan khas. Sehubungan dengan itu, telah tersiar hampir kesemua akhbar harian utama berita berkaitan dasar baru pendidikan untuk menjadikan pendidikan VOCTECH sebagai pendidikan arus perdana.

Untuk merealisasikan hasrat murni ini saya mengajak para pengetua dan pentadbir sekolah memainkan peranan penting supaya lonjakan paradigma yang telah digariskan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya:

  • Melaksanakan pelbagaikan strategi serta inovasi untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan sekolah dan seterusnya memantapkan perlaksanaan VOCTECH
  • Memastikan pelaksanaan program pengurusan 5S di sekolah dapat dilaksanakan dan dihayati sepenuhnya
  • Mulai tahun 2011 BPTV telah memberi amanah kepada pihak sekolah untuk menguruskan pengambilan pelajar baru. Oleh itu perancangan awal dan persediaan kearah memastikan ramai murid memohon masuk ke SMT/SMV harus diberi perhatian utama. Pihak sekolah digalakkan menggunakan PIBG, alumni dan media setempat untuk membantu mempromosikan VOCTECH
  • Memantapkan pengurusan dan keberkesanan P&P di SMT/SMV dengan menggunakan model pengurusan kualiti MS ISO 9001: 2008.
  • Menguruskan hal ehwal berkaitan murid dengan menggunakan konsep lebih berhemah dan mesra pelajar.


Akhir kata diharap semua pengetua, guru, pelajar dan seluruh warga SMT/SMV supaya berkhidmat dengan gigih dan penuh keazaman untuk memartabatkan pendidikan VOCTECH sebagai pendidikan arus perdana seterusnya menjadi pilihan utama dikalangan murid sekolah. Saya percaya dengan komitmen yang jitu dari semua pihak hasrat murni untuk menjadikan pendidikan VOCTECH cemerlang akan tercapai.

Sekian, terima kasih.

AHMAD TAJUDIN BIN JAB

Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment