Saturday, October 30, 2010

MAJLIS GRADUASI KEMAHIRAN 2010 ZON KELANTAN/TERENGGANU KALI PERTAMA










28 Oktober 2010 Dewan Sri Gemilang SMV Tanah Merah.

Hari ini dalam sejarah telah berlangsung di SMV Tanah Merah di mana buat pertama kalinya satu Majlis Graduasi untuk pelajar-pelajar aliran kemahiran telah di adakan di Dewan Sri Gemilang SMVTM. Majlis ini telah dijalankan di sini kerana mereka mempunyai segala kelengkapan untuk majlis graduasi berkenaan.

Ybhg Hj. Ahmad Tajudin bin Jab selaku Pengarah BPTV telah sudi menganugerahkan semua sijil kemahiran kepada pelajar-pelajar yang berjaya. Majlis graduasi ini telah dianugerahkan kepada pelajar dari zon Kelantan/Terengganu iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar dari SMV/SMT berikut iaitu: 1. SMV Tanah Merah (67 graduan). 2) SMV Besut (47 graduan). 3) SMV Pasir Mas (37 graduan). SMV Kemaman (31 graduan). 4). SMV Pengkalan Chepa (34 graduan). 5) SMV Wakaf Tembusu (47 graduan). 5) SMT Kuala Krai (37 graduan).

Sewaktu majlis penganugerahan berhenti rehat buat seketika, majlis telah memperkenalkan kepada ibu bapa dan hadirin seorang tokoh bekas pelajar dari aliran kemahiran (SKM) dari SMT Kuala Krai yang mana pelajar ini sekarang adalah seorang yang berjaya dalam bidang keusahawanan yang diceburinya di mana pendapatannya menjangkau RM50,000.00 sebulan. Ini telah membuktikan bahawa tanggapan yang pelajar dari aliran kemahiran tiada peluang untuk berjaya di alam pekerjaan adalah salah sama sekali.

Sempena majlis graduasi ini juga telah diadakan pameran jualan dan pameran hasil produk yang telah di hasilkan oleh pelajar-pelajar dari aliran kemahiran. Pameran Inovasi juga telah diadakan oleh pelajar dari SMT Kuala Krai yang telah memenangi anugerah Inovasi Negara pada tahun 2009 dan akan mempamerkan sekali lagi di Bukit Jalil pada penghujung tahun ini dengan produk Penyapu Pintar.

Tahniah diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Induk Majlis Graduasi Pelajar aliran Kemahiran 2010 yang terdiri daripada: Pengerusi - Hj Abd Rahman bin Mamat - Pengetua SMV Pengkalan Chepa merangkap Pengerusi SMT Kelantan/Terengganu. Setiausaha - Hj Ramly bin Harun - Pengetua SMV Tanah Merah. Bendahari - Hj Alwi bin Mohd Ali - Pengetua SMT Dungun. AJK - Hj Abdullah Zawawi bin Yahaya - Pengetua SMV Besut. - Hj Ab Rahman bin Hassan - Pengetua SMT Terengganu. - Hj Hussin bin Yusoff - Pengetua SMV Wakaf Tembusu. - Hj Mohd Zaib bin Manan - Pengetua SMV Kemaman. - Hj Awang bin Junoh - Pengetua SMT Kuala Krai. - Pn Hjh Muji binti Abas - Pengetua SMV Pasir Mas. - En Ahmat bin mahmud - Pengetua SMT Bachok.

No comments:

Post a Comment