Saturday, September 5, 2009

Kisah Hassan Al Bashir - siri 2

Pada satu hari Jumaat setelah setahun selepas pertemuan dgn hamba abdi tersebut, Hassan Al Bashir pun menyampaikan khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba. Selepas selesai solat Jumaat, Hassan al Bashir pun membebaskan seorang hamba sebagai contoh di atas apa yg telah dikhutbahkannya tadi.
Hamba itu juga telah dibebaskan oleh tuannya setelah mendengar khutbah itu. Selepas dimerdekakan oleh tuannya, hamba itu telah berjumpa dengan Hassan Al Bashir. Dia bertanyakan Hassan Al Bashir adakah selama ini dia terlupa akan khutbah berkenaan membebaskan hamba, Hassan Al Bashir menyatakan dia tidak melupakannya tetapi selama ini dia mengumpul wang untuk membeli seorang hamba.
Dia berkata yang dia hanya boleh memberi khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba jika dia hanya mempunyai hamba. Bukan hanya setakat berkhutbah sahaja tetapi tidak dapat melakukannya sendir apa yang telah dikatakannya. Sebab itu selepas setahun mengumpul duit, dia berjaya membeli seorang hamba. Jadi selepas memberi khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba, dia terus membebaskan hamba yang telah dibelinya sebagai contoh kepada makmun untuk membebaskan hamba.
Kesimpulannya: Apa yang kita ucap mesti sama dengan perbuatan kita. Jangan ikut resam sesetengah orang iaitu buat apa yang saya suruh, jangan ikut apa yang saya buat.
Wassalam................ Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Puasa............

Jangan lupa menunaikan zakat fitrah............

No comments:

Post a Comment