Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
PUTRI ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.
KOTA BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam sejarah Kelantan.
Sebuah resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya kelmarin.
Ia adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.
Puteri Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.
Baginda dikatakan membawa diri ke Indonesia.
Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.
Upacara itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.
Upacara bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.
Ibu bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana berwarna kuning.
Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota oleh Pangeran Norman.
Puteri Saadong's story continues
An Acehnese who claims she is the descendant of the legendary Puteri Saadong, the adopted daughter of Kelantan's famous ruler Che Siti Wan Kembang, said she had returned to the state to help the people.
Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, who claimed she is the seventh generation of Puteri Saadong, said she was not here to reclaim the throne.
"I just want the people to know that I exist ... I have no other intention. The important thing is that I want to meet the people and help them as much as I can," said the 24-year-old fashion consultant after the launching of her autobiography here on Monday night.
The book was launched by state Islamic Development, Education and Dakwah Committee chairman Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
According to folklore, Puteri Saadong was brought up by the famed Queen of Kelantan in Bukit Marak after her mother died.
Puteri Saadong went missing after she killed her husband Raja Abdullah with her hair pin.
Raja Abdullah had broken his promise not to remarry when she was captured by the Siamese.
Raja Tengku Putri Anis, the eldest of five siblings, said she had her own vision of how to help the people.
"I hope the people here will not misunderstand me. I just want to carry out my mission and hope they give me their support."
Putri Anis kini bergelar Sri Ratu Saadong ketujuh
|
|
KOTA BHARU 8 Jun - Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, malam ini memakai gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh.
Di sebuah resort di sini upacara berkenaan dirancang penuh istiadat pada hari jadinya hari ini.
Ia menjadi simbolik kepada apa yang dianggapnya sebagai penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan ratu itu.
Ia disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan di pelbagai wilayah Indonesia yang hadir khusus sebagai saksi dan pernyataan memperakui Anis merupakan pewaris Puteri Saadong yang menghilangkan diri ke negara itu.
Puteri Saadong yang namanya masih menjadi sebutan rakyat Kelantan dengan mitos mengenai kesaktiannya dikatakan dikenali sebagai Puteri Hijau dan berkahwin dengan Sultan Gowa dalam pengisahan tradisi kesultanan di Indonesia.
Raja Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.
Terdahulu, acara bermula dengan keberangkatan masuk seramai 20 raja-raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua di samping tetamu kehormat.
Ia diikuti dengan Bangkit Semangat yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari daripada badan kebudayaan tempatan kira-kira pukul 9.45 malam.
Sebaik sahaja persembahan tersebut selesai, kedua ibu bapa Raja Putri Anis, Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed Yaacob bersama tiga anaknya diiringi masuk ke dewan besar.
Beberapa minit kemudian, Raja Putri Anis diiringi masuk oleh beberapa 'dayang' dan bersemayam di singgahsana serba kuning.
Ia disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah dari waris keenam Puteri Saadong yang juga ibunya di samping pemakaian mahkota oleh wakil raja nusantara, Dr. Ikke Dewi Sartika.
Majlis yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga Raja Putri Tengku Anis dan ahli sejarah dari dalam serta luar negara.
Sebelum ini, kisah Puteri Saadong dalam jalur sejarah pemerintahan Kelantan silam yang bersalut mitos dan legenda lenyap begitu sahaja selepas kematian suaminya Raja Abdullah.
Kemunculan Raja Putri Anis, anak kepada bekas pegawai Jabatan Perhutanan di negeri ini dan banyak menghabiskan masa di Indonesia menggemparkan, menimbulkan tanda tanya umum melalui pengakuannya dalam Utusan Malaysia pada 4 Jun lalu.
Sebelum ini, beliau menyatakan kesediaannya berdepan dengan tanggapan negatif terhadapnya sebagai memegang amanah untuk kembali sebagai warisnya di negeri ini, menamatkan sumpahan tujuh keturunan Puteri Saadong setelah 420 tahun meninggalkan Kelantan.
Di sebalik kisah Puteri Saadong yang dikatakan ghaib sedangkan kubur suaminya, Raja Abdullah wujud, Raja Putri Anis mahu apa yang dianggap mitos sebagai satu rentetan sejarah yang benar.
Beliau berharap, ia dapat menarik para pengkaji sejarah meneliti daripada pelbagai sumber agar dapat bersama membongkar sejarah baru Puteri Saadong.
Putri Anis yang menjalankan perniagaan keluarga berkata, beliau akan melibatkan diri dalam gerak kerja kebajikan di rantau ini melalui yayasan yang sedang dirancang.
Kementerian sedia kaji pengakuan keturunan Puteri Saadong
PASIR MAS 12 Jun – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersedia mengkaji kebenaran pengakuan seorang wanita bahawa beliau adalah pewaris keturunan Puteri Saadong dengan syarat perlu mengemukakan bukti-bukti berkaitan.
Menteri Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat lain ialah daripada segi penerimaan masyarakat kerana sekiranya masyarakat tidak dapat menerima pengakuan wanita itu yang beliau adalah pewaris Puteri Saadong, pengiktirafan tidak boleh diberikan.
"Kalau masyarakat telah menerima perkara ini, kita bersedia untuk membuat kajian kebenarannya dan perlulah mengemukakan bukti-bukti berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Pesta Dikir Barat di sini, malam tadi.
Baru-baru ini Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, yang terkenal dalam mitos sejarah Kesultanan Kelantan, telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh.
Pada majlis yang diadakan di sebuah resort di sini, Raja Tengku Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.
Rais berkata, sebelum ini juga ada individu yang mengaku dirinya adalah keturunan Sultan Melaka namun oleh kerana masyarakat Melaka meragui dan menolak dakwaan itu, kementeriannya tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengkajinya.
Beliau bagaimanapun meminta masyarakat melihat pengakuan wanita itu daripada sudut sejarah yang boleh menimbulkan minat masyarakat untuk mengkaji sejarah silam perkara itu. – Bernama
LEPAS NI MACAM-MACAM PUTERI AKAN MUNCUL DI MALAYSIA. MANALAH TAHU KELUAR PULA KETURUNAN PUTERI GUNUNG LEDANG DI JOHOR, ATAUPUN KETURUNAN WAN EMPUK DAN WAN MALINI..........
ReplyDelete