Wednesday, September 2, 2009

Kisah Hassan Al Bashir - siri 1

Pada zaman dahulu ada seorang sahabat bernama Hassan Al Bashir yg sangat warak. Apabila beliau menyampaikan dakwah di dalam khutbah Jumaat, maka selepas itu semua pendengar akan mengerjakan apa yg telah mereka dengari di dalam khutbah berkenaan. Sebagai contoh jika beliau menyampai khutbah berkenaan kebaikan derma, maka selepas solat Jumaat semua makmun akan berduyun-duyun untuk berderma kepada orang ramai.
Ada seorang hamba telah berjumpa dengan Hassan Al Bashir supaya beliau menyampaikan khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba sahaya pada hari Jumaat berikutnya. Hassan Al Bashir bersetuju untuk menyampaikan khutbah berkenaan membebaskan hamba. Hamba itu sangat gembira mendengarnya kerana dia yakin akan dibebaskan oleh tuannya selepas itu nanti.
Pada hari Jumaat yg ditunggu telah tiba, maka hamba itu pun pergi ke masjid untuk mendengar khutbah Hassan Al Bashir. Dia hampa kernaa Hassan Al Bashir tidak memberi khutbah tentang pembebasan hamba. Dia berkata tidak apalah kerana mungkin Hassan Al Bashir terlupa pada minggu ini untuk menyampaikan khutbah berkenaan pembebasan hamba. Mungkin dia akan menyampaikannya pada minggu hadapan tetapi dia hampa juga kerana Hassan Al Basir tidak juga menyampaikannya juga. Hamba itu masih bersabar selama beberapa minggu hingga ke beberapa bulan tapi Hassan Al Bashir masih tidak menyampaikan khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba. Hamba itu sudah putus harapan dan tidak kisah lagi jika Hassan Al Bashir tidak menyampaikan khutbah berkenaan.
Bersambung.............................

No comments:

Post a Comment