>1400 tahun dahulu
Sebelum Nabi Muhammad saw dimasyhurkan sebagai Nabi di Mekah semua penduduk hidup dalam keadaan yang aman damai tanpa adanya perpecahan di kalangan mereka.
Mereka bebas menyembah berhala, meminum arak, berzina dan berjudi serta melakukan pelbagai perbuatan maksiat yang tidak terkira banyaknya.
Semua pemimpin-pemimpin dan orang-orang kuat dalam politik tidak berebut-rebut untuk menjadi ketua di kalangan mereka.
Sesiapa yang dilantik sebagai ketua atau pemimpin mereka terima seadanya sahaja.
Masa silih berganti maka Nabi Muhammad saw telah dilantik oleh Allah sebagai Pesuruh Allah untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar dan menyembah Allah.
Penduduk Mekah menganggap pelantikan Nabi saw ini telah menyebabkan semua penduduk Mekah menjadi berpecah belah dan tidak mengiktiraf pelantikan Nabi saw sebagai pemimpin mereka.
Orang Yahudi dan musyrikin menganggap hanya mereka sahaja yang layak sebagai pemimpin.
Orang Yahudi kecewa kerana Nabi terakhir bukannya terdiri daripada kaum mereka walaupun mereka tahu akan datangnya seorang Nabi di akhir zaman.
Orang Yahudi sengaja menyembunyikan sejarah ini kerana khuatir orang Mekah akan mengikut Nabi yang terakhir itu.
Sebab itu mereka menganggap Nabi Muhammad saw sebagai punca perpecahan di Kota Mekah.
Hari ini......
Apabila Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan bersama-sama dengan lain-lain pejuang maka Mat Sabu dianggap sebagai penderhaka negara dan pemecah belah masyarakat yang semestinya di ISA kan.
Tapi yang sebenarnya sejarah sebenar Mat Indera bersama-sama lain-lain pejuang telah disorok oleh pakar-pakar sejarah atas sebab-sebab politik.
Hanya segolongan tertentu sahaja yang diangkat sebagai pejuang sementara yang lain dianggap sebagai petualang bangsa.
Rakyat semakin celik sejarah, mereka akan mencari dan membongkarkan sejarah yang sebenarnya siapakah sebenarnya pejuang negara kita ini.
Adakah Mat Sabu seorang petualang atau pembongkar sejarah yang sebenarnya.
Masa yang akan menentukannya.
Tuesday, September 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)