Sunday, February 27, 2011

Kisah orang jahil

Orang jahil bercakap tanpa sempadan kata,
Orang jahil bercakap tanpa ilmu di dada,
Orang jahil bercakap sampai terlajak kata,
Orang jahil bercakap tak sedari diri murtad jua,
Orang jahil bercakap dia tahu segala-gala,
Orang jahil bercakap orang lain jahil sahaja,
Orang jahil bercakap belum menerima seruan agama,
Orang jahil bercakap belum masa beribadah kepada-Nya,
Orang jahil bercakap orang lain tidak perlu berkata-kata,
Orang jahil bercakap dan Orang jahil bercakap sahaja.......

BICARA BUAT SEORANG SULTAN (buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)

pada kerendahan dalam pakaian,
pada penampilan dalam keramaian,
perasaan tertawan kepada sang sultan,


pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..


inilah nasihat raja dan rakyat..


raja dimulia bukan kerna singgahsana,
raja disayang bukan kerna paluan gendang,
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat',
raja dicinta bukan kerna kuasa,
raja dihormat bukan kerna pangkat,

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat,
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat,


raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah,
raja dilupa kerna tinggalkan agama,


apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut,
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..


tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah,
kepada raja kasih tertumpah.


DR MAZA,
160211

Monday, February 21, 2011

NUTP bantah cadangan swasta sekolah kerajaan


21/02/2011 2:13pm

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. - Bernama

46,780 calon lulus penuh STPM, hanya 8 dapat 5A

KUALA LUMPUR: Seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang-kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, ini adalah penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.


"Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009," katanya. "Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala, seorang lagi calon dari aliran sastera," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di sini hari ini.

Seramai 50,576 calon menduduki STPM dari 23 November hingga 16 Disember tahun lalu di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. -Bernama

Monday, February 14, 2011

AL QURAN KECIL






Lagi satu penemuan al quran yang agak kecil saiznya telah ditemui dan kini berada dalam simpanan saya. Saiz al quran itu ialah 30mm x 22mm x 8mm. Pemilik asal al quran itu ialah Tn Hj Ismail bin Musa dari kampung Kubang Kachang/Tiong. Kini al quran mini itu disimpan oleh saya dengan selamatnya.

Lagi al-Quran terkecil ditemui

Lagi al-Quran terkecil ditemui


NASKHAH al-Quran kecil 24mm panjang dan 17mm lebar milik Abdullah di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.

KEK HARI JADI DRP PENGETUA


14 FEB 2011
SMT KUALA KRAI


Tuan Pengetua sedang menyampaikan kek kepada zunazri.



Pada hari ini Tuan Pengetua SMT Kuala Krai iaitu Tn Hj Mhd Shakri b Ab Halim telah berkesudian memberikan kek-kek hari jadi kepada semua staff yang menyambut hari jadi mereka pada bulan Jan & Feb 2011.

Kek-kek yg diberikan adalah sumbangan drp Kelab Warga SMTT di bawah pimpinan cikgu Nordin Rawi.

Semoga pemberian ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengeratkan lagi perhubungan sesama staff.

Kek yang diterima.

Friday, February 11, 2011

KURSUS BINA SEMANGAT PENGAWAS/KETUA DARJAH SKKK1 2011

















12 Feb 2011
SKKK1

Pada hari ini semua para pengawas, ketua darjah dan penolong SKKK1 akan mengikuti kursus motivasi / membina semangat. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi keyakinan kepada mereka yg terpilih sebelum majlis pelantikan diadakan besok 13 Feb 2011.

Semoga mereka yg mengikuti kursus ini akan tamat dengan jayanya pada petang ini. Pada pendaftaran pagi tadi dapat dilihat dengan jelas para guru dan pelajar begitu bersemangat untuk mengikuti kursus ini termasuklah anak saya iaitu Muhammad Hazirul Ammar bin Zunazri yang merupakan seorang Pengawas ICT.

Dapat dilihat juga kelibat Guru Besar SKKK1 yang turut sama memantau pendaftaran para pelajar. Inilah semangat GB yg patut ada seorang pemimpin sekolah. Semoga beliau adalah tergolong drp salah seorang GB yg akan memenangi baiah yg diumumkan oleh TPM sebelum ini.

Thursday, February 10, 2011

924 guru besar terima RM7,500



GURU besar sekolah yang berjaya mencatat prestasi cemerlang akan diberi insentif bernilai RM7,500 setiap seorang.


PUTRAJAYA - Seramai 924 daripada 9,943 guru besar besar di seluruh negara disenarai pendek untuk menerima insentif sebanyak RM7,500 seorang sebagai ganjaran kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Bai'ah).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seramai 12.1 peratus guru besar berjaya memimpin sekolah untuk melepasi sasaran prestasi ditetapkan dan ia merupakan pertambahan sebanyak 600 peratus daripada jangkaan asal sebanyak dua peratus.

Katanya, senarai pengetua dan guru-guru sekolah menengah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru akan diumumkan pada pertengahan tahun ini dan ia dijangka dibuat selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

"Jemaah Nazir sedang membuat pengesahan mengenai prestasi 924 guru besar yang disenarai pendek. Insya-Allah saya akan umumkan senarai guru besar yang layak dalam masa terdekat," katanya pada majlis Perutusan Khas 2011 Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

p/s: Tahniah kpd guru, guru besar dan pelajar SKKK1 yg berjaya dlm peperiksaan UPSR 2010 termasuk anak saya Nurhuriyah Hadfina bt Zunazri (depan duduk 2 dari kiri).