Tuesday, November 24, 2009

KURSUS 3 FASA PRINSIP ELEKTRIK


TEORI 3 FASA SDG DISAMPAIKAN OLEH EN NAZI YG PAKAR TTGNYA............ T KASIH DI ATAS SEGALA ILMU YG DICURAHKAN...............SEMOGA ILMU ANDA BERGUNA UTK KEGUNAAN KAMI NANTI............

KURSUS 3 FASA PRINSIP ELEKTRIK


INILAH DIA EN ISA JASMI IAITU WAKIL DRP BPTV YG MENGURUSKAN PROJEK KURSUS 3 FASA INI UTK KAMI SEMUA. SEMOGA KURSUS YG LAIN DITERUSKAN UTK KAMI INI TERUTAMANYA KURSUS AUTOCAD.

KURSUS 3 FASA PRINSIP ELEKTRIK


PARA PESERTA BERSAMA EN NAZI IAITU MENTOR UTK KURSUS 3 FASA INI SEDANG BERSEDIA UTK BERGAMBAR KENANG2AN DI MPTKL

KURSUS 3 FASA PRINSIP ELEKTRIK


KETIKA MENGIKUTI KURUS MPAV DI KL

KURSUS 3 FASA PRINSIP ELEKTRIK


INI ADALAH SEWAKTU MENGHADIRI KURSUS 3 FASA YG DIKENDALIKAN OLEH BPTV PADA NOV 2009 DI IPG - MPT KUALA LUMPUR

Wednesday, November 4, 2009

MOSTI 2009


Kuala Lumpur, 31 Oktober 2009 - Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Negara 2009 ini telah disempurnakan oleh Y. B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Kategori Akar Umbi ialah Pereka Muda (18-35 tahun), Sekolah Menengah, Komuniti, Wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU). Pemenang kategori Akar Umbi menerima wang tunai berjumlah RM 5,000 berserta piala, sijil penyertaan dan geran pendaftaran paten (bagi yang terpilih). Finalis Anugerah Inovasi Negara 2009 pula menerima saguhati berupa wang tunai berjumlah RM 1,000 dan sijil penyertaan.

Senarai pemenang Anugerah Inovasi Negara 2009 mengikut kategori:-
Kategori Akar Umbi
i. Sekolah Menengah
Tajuk: Penyapu Pintar
Perekacipta: Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai, Kelantan

SMTKK - ANUGERAH INOVASI NEGARA 2009


SEKITAR PANORAMA KONTINJEN SMTKK DI MAJLIS ANUGERAH INOVASI NEGARA ANJURAN MOSTI 2009
TAHNIAH KAMI TELAH MENANG KATEGORI AKAR UMBI - PENYAPU PINTAR

Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Negara 2009

31 Oktober 2009 : Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Negara 2009
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2009 - Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Negara 2009 ini telah disempurnakan oleh Y. B. Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, diiringi oleh Y. Bhg. Dato’ Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha MOSTI. Turut hadir ke majlis perasmian ini adalah Y. Bhg. Datin Paduka Prof. Dr. Khatijah Bt. Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) MOSTI dan Y. Bhg. Dato’ Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI.
Hampir 500 orang telah membanjiri Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bagi melihat majls tersebut. Majlis yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf usaha–usaha inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara dan kesejahteraan masyarakat. Usaha ini juga merupakan satu insentif kepada rakyat untuk menghasilkan inovasi untuk kesejahteraan masyarakat seperti mana diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri di dalam Ucapan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009.
Dalam memberi pengiktirafan kepada pencipta-pencipta, pada tahun ini, MOSTI telah mengwujudkan 10 sub-kategori iaitu lima sub-kategori di bawah kategori Produk dan lima lagi di bawah kategori Akar Umbi. Kategori produk telah dibahagikan kepada sub-kategori iaitu Waste To Wealth, Bioteknologi, Kesihatan, Industri dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT), manakala kategori Akar Umbi ialah Pereka Muda (18-35 tahun), Sekolah Menengah, Komuniti, Wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Seramai 49 peserta akhir telah dipilih oleh Panel Penilai. Terdapat dua pemenang bagi sub-kategori Waste to Wealth, Kesihatan dan ICT. Manakala bagi sub-kategori Wanita dan OKU, pihak panel Hakim memutuskan bahawa tiada pemenang kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria penghakiman untuk dianugerahkan dengan Anugerah Inovasi Negara 2009. Bagi mereka yang berjaya, MOSTI akan membantu dalam memberi bantuan teknikal untuk menambahbaik serta bantuan pendaftaran harta intelek. Setiap pemenang bagi kategori Produk Inovasi menerima wang tunai berjumlah RM 15,000 berserta piala dan sijil penyertaan. Manakala pemenang kategori Akar Umbi menerima wang tunai berjumlah RM 5,000 berserta piala, sijil penyertaan dan geran pendaftaran paten (bagi yang terpilih). Finalis Anugerah Inovasi Negara 2009 pula menerima saguhati berupa wang tunai berjumlah RM 1,000 dan sijil penyertaan.

Senarai pemenang Anugerah Inovasi Negara 2009 mengikut kategori adalah seperti berikut:-
Kategori Produk Inovasi
i. Waste To Wealth
a) Tajuk: A Hybrid Mixed Matrix (H2MC) Composite Membrane
Perekacipta: Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail
b) Tajuk: CardioMate – A Waste to Wealth Health Products from Seaweeds and Palm Leaf Extract
Perekacipta : Prof. Dr. Suhaila Mohamed
ii. Bioteknologi
Tajuk: MR 219 – Varieti Padi Berhasil Tinggi dan Sesuai untuk Sistem Tabur Terus
Perekacipta: Alias bin Ismail
iii. Kesihatan
a) Tajuk: Molecular Diagnostics of Dengue Infections
Perekacipta: Prof. Dr. Shamala Devi A/P K.C. Sekaran
b) Tajuk: Medic Strapping Pad (MSP)
Perekacipta: Suresh A/L M. Rajan
iv. Industri
Tajuk: Otosil – Mesin Pengeluaran Silaj Pelepah Sawit yang Kos Efektif
Perekacipta: Ghazali bin Hussin
v. Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
a) Tajuk: ME2: Mathematics in Education Software for Smart Schools
Perekacipta: Prof. Dato’ Dr. Halimah Badioze Zaman
b) Tajuk: Distributed Network Monitoring and Security Monitoring Platform
Perekacipta:Prof. Dr. Sureswaran Ramadass
Kategori Akar Umbi
i. Sekolah Menengah
Tajuk: Penyapu Pintar
Perekacipta: Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai, Kelantan
ii. Pereka Muda
Tajuk: A-1 BOD – Patient Transfer Device
Perekacipta: Tan Ai Ai
iii. Komuniti
Tajuk: Platform Sangkar Akuakultur Modular Y
Perekacipta: Azhar bin Ariffin