Saturday, September 5, 2009

Kisah Hassan Al Bashir - siri 2

Pada satu hari Jumaat setelah setahun selepas pertemuan dgn hamba abdi tersebut, Hassan Al Bashir pun menyampaikan khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba. Selepas selesai solat Jumaat, Hassan al Bashir pun membebaskan seorang hamba sebagai contoh di atas apa yg telah dikhutbahkannya tadi.
Hamba itu juga telah dibebaskan oleh tuannya setelah mendengar khutbah itu. Selepas dimerdekakan oleh tuannya, hamba itu telah berjumpa dengan Hassan Al Bashir. Dia bertanyakan Hassan Al Bashir adakah selama ini dia terlupa akan khutbah berkenaan membebaskan hamba, Hassan Al Bashir menyatakan dia tidak melupakannya tetapi selama ini dia mengumpul wang untuk membeli seorang hamba.
Dia berkata yang dia hanya boleh memberi khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba jika dia hanya mempunyai hamba. Bukan hanya setakat berkhutbah sahaja tetapi tidak dapat melakukannya sendir apa yang telah dikatakannya. Sebab itu selepas setahun mengumpul duit, dia berjaya membeli seorang hamba. Jadi selepas memberi khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba, dia terus membebaskan hamba yang telah dibelinya sebagai contoh kepada makmun untuk membebaskan hamba.
Kesimpulannya: Apa yang kita ucap mesti sama dengan perbuatan kita. Jangan ikut resam sesetengah orang iaitu buat apa yang saya suruh, jangan ikut apa yang saya buat.
Wassalam................ Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Hari Raya Puasa............

Jangan lupa menunaikan zakat fitrah............

Wednesday, September 2, 2009

Kisah Hassan Al Bashir - siri 1

Pada zaman dahulu ada seorang sahabat bernama Hassan Al Bashir yg sangat warak. Apabila beliau menyampaikan dakwah di dalam khutbah Jumaat, maka selepas itu semua pendengar akan mengerjakan apa yg telah mereka dengari di dalam khutbah berkenaan. Sebagai contoh jika beliau menyampai khutbah berkenaan kebaikan derma, maka selepas solat Jumaat semua makmun akan berduyun-duyun untuk berderma kepada orang ramai.
Ada seorang hamba telah berjumpa dengan Hassan Al Bashir supaya beliau menyampaikan khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba sahaya pada hari Jumaat berikutnya. Hassan Al Bashir bersetuju untuk menyampaikan khutbah berkenaan membebaskan hamba. Hamba itu sangat gembira mendengarnya kerana dia yakin akan dibebaskan oleh tuannya selepas itu nanti.
Pada hari Jumaat yg ditunggu telah tiba, maka hamba itu pun pergi ke masjid untuk mendengar khutbah Hassan Al Bashir. Dia hampa kernaa Hassan Al Bashir tidak memberi khutbah tentang pembebasan hamba. Dia berkata tidak apalah kerana mungkin Hassan Al Bashir terlupa pada minggu ini untuk menyampaikan khutbah berkenaan pembebasan hamba. Mungkin dia akan menyampaikannya pada minggu hadapan tetapi dia hampa juga kerana Hassan Al Basir tidak juga menyampaikannya juga. Hamba itu masih bersabar selama beberapa minggu hingga ke beberapa bulan tapi Hassan Al Bashir masih tidak menyampaikan khutbah tentang kebaikan membebaskan hamba. Hamba itu sudah putus harapan dan tidak kisah lagi jika Hassan Al Bashir tidak menyampaikan khutbah berkenaan.
Bersambung.............................

Tuesday, September 1, 2009

Kursus PBS LK3759

Ini adalah ucapan alu2an En Abdullah pegawai drp JPN kepada peserta yg menghadiri kurus pentaksiran kerja kursus lk di Demong Beach Resort pada 16 - 18 Julai 2009.

lagi grater x


Nak tengok lagi kehebatan Grater X, boleh tonton sekarang.

lagi penyapu pintar


lagi video berkenaan penyapu pintar sewaktu menyertai pertandingan peringkat negeri kelantan 2009.

Penyapu pintar yang bertuah

Ini lah dia penyapu pintar ciptaan pelajar-pelajar dan guru-guru smtkk yang telah memberikan tuah kepada smtkk sehingga membawa kejayaan menggondol hadiah pertama anugerah inovasi Hari Q Kementerian Pelajaran 2009. Tahniah Zul KJ & Partners..............

delegasi bptv ke smtkk

Selamat datang diucapkan kepada delegasi BPTV ke SMTKK daripada kami warga sekolah ini. Kami merasakan sungguh berbesar hati di atas kunjungan pihak tuan terutamanya kepada Tuan Haji Zakaria. Semoga tuan semua dapat merasakan suasana yang kondusif di tempat kami ini.
Saya doakan di atas kejayaan Tuan Haji Abdul Rahman di atas pemantauan ini.
Selamat berpuasa semua.